Antara kaedah-kaedah pengawetan makanan
- Pembotolan & Pengetinan
- Penjerukan
- Pengeringan
- Pengasinan
- Pembungkusan vakum
- Pendinginan
- Penyejukbekuan
- Pelilinan
- Pengasapan
- Pendidihan
- Pempasteuran
Kebaikan pengawetan makanan ialah:
- Buah dan sayur boleh dinikmati dengan lebih lama walaupun musim buah itu sudah lepas.
- Makanan yang diawet dapat disimpan dengan mudah dan boleh tahan lama.
- Boleh membekalkan makanan yang baik kepada askar yang sedang bertugas.
- Boleh mengelakkan pembaziran bahan makanan.
- Makanan boleh dieksport ke luar negara. Hal ini dapat meningkatkan pendapatan negara.
Merupakan proses pengawetan
makanan dengan cara memanaskan makanan tersebut dan kemudian memasukkan ke
dalam bekas atau tin yang kedap udara makanan itu dididihkan untuk membunuh
mikroorganisma dan bekasnya ditutup bagi mencegah mikroorganisma lain masuk ke
dalam bekas tersebut.
Makanan pembotolan dan pengetinan
Pengeringan
Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari atau mengeringkannya dengan oven. Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang.
sotong kering |
ikan bilis |
Penjerukan
Penjerukan ialah kaedah mengawet
makanan dengan merendam makanan di dalam cuka, larutan garam pekat atau larutan
gula pekat. Pengjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan. Makanan yang
diawet dengan cara penjerukan akan berubah warna, rasa dan kurang berkhasiat. Contoh
makanan yang diawet dengan cara penjerukan ialah mangga, betik dan ceri.
mangga jeruk |
ceri jeruk |
Penyejukbekuan
Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah. Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi, mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan sebagainya.
ikan bekuan |
Pendinginan
Makanan disimpan di tempat
sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan menyebabkan mikroorganisma
menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk. Contoh makanan yang diawet dengan
cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pembungkusan vakum
menciptakan ruang hampa
udara di sekitar bahan makanan untuk menghalang pertumbuhan bakteri.
Pengasapan
Pengasapan dilakukan dengan cara mengeringkan makanan dengan asap. Kaedah pengasapan sebagai pengawetan makanan , ia juga sebagai penambah cita rasa, memberi warna sehingga lebih menarik dan memanjangkan masa menyimpan makanan. Contoh makanan yang diawet dengan cara ini ialah daging dan ikan.
Pelilinan
Kaedah dilakukan dengan cara menyalut makanan dengan lapisan lilin. Penggunaan kaedah ini dapat melambatkan kehilangan air daripada buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat mencegah pertumbuhan kulat. Contoh makanan yang sering diawet dengan kaedah ini ialah buah-buahan seperti epal, anggur, oren, tembikai dan lemon serta sayur-sayuran seperti tomato, keledek, lobak ,labu, dan timun.
epal yang dililin |
anggur yang dililin |
Pempasteuran
Keadah ini digunakan dengan cara memanaskan makanan pada suhu yang tinggi selama beberapa saat lalunya menyejukkan dan membungkuskannya serta-merta. Bahan makanan yang menggunakan cara pengawetan ini ialah jus buah dan susu.
Tq very much'
ReplyDelete