Menu

Sunday 25 September 2016

Organ Pernafasan Haiwan

Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza.Hal ini demikian kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza. Adakah anda tahu apakah organ-organ yang dapat digunakan oleh haiwan-haiwan untuk bernafas ?Berikut akan menerangkan organ-organ pernafasan haiwan :


  • Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas dengan menggunakan peparu (lungs).
  • Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.



Image result for peparu haiwan
 Gambar paru-paru 

2)Spirakel
  • Serangga mempunyai organ penafasan yang amat unik kija berbanding dengan haiwan-haiwan lain .
  • Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sekeliling badan serangga yang menyalur oksigen kepada seluruh badan serangga. 
  • Udara memasuki melalui spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
  • Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas (kebanyakan seranggan menggunakan spirakel untuk menafas).

Spirakel pada serangga.


3)Insang
  • Haiwan-haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
  • Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang.
Image result for peparu haiwan
Ikan bernafas melalui insang.


4)Kulit lembap
  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Kulit haiwan-haiwan ini sentiasa lembap untuk memastikan mereka dapat bernafas dengan berkesan .
  • Oksigen dalam udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap.
Image result for kulit lembab katak
Image result for moist skin for amphibian

Wednesday 21 September 2016

Sumber tenaga elektrik
Sumber tenaga elektrik(source of electrical energy) merupakan sumber yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antara sumber tenaga elektrik yang paling biasa digunakan ialah:
  1. Sel kering (dry cell).
  2. Sel suria (solar cell).
  3. Dinamo (dynamo).
  4. Akumulator / Bateri kereta.
  5. Generator / Penjana kuasa.
1.Sel kering
Image result for sel kering
Sel kering.

  • Sel kering (bateri) ialah sumber tenaga elektrik yang menggunakan campuran bahan kimia untuk menghasilkan elektrik.
  • Biasanya orang ramai akan menggunakan sumber eletrik ini  dalam jam, lampu suluh, radio, alat permainan, kamera, dan lain-lain. 
  • Kelebihan sel kering ialah sel ini sangat ringan serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. 
  • Kebanyakan sel kering  tidak boleh dicas semula, hanya  sesetengah sel kering yang dinyatakan sahaja boleh dicaskan semula .
2)Sel Suria
Image result for solar panel
Sel suria

  • Sel suria dapat mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik. 
  • Biasanya sel ini akan digunakan dalam kalkulator, lampu, alat pemanas air dan satelit.
  • Kelebihan sel ini ialah sel ini tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana ia hanya menggunakan cahaya matahari sahaja . 
  • Tetapi sel ini biasanya memerlukan kos yang amat tinggi untuk memasangkannya , oleh itu banyak orang tidak mampu memasang sel suria pada rumah mereka.

3)Dinamo

Image result for dinamo


Image result for dinamo
Dinamo.


  • Dinamo dapat digunakan untuk menghasilkan sumber elektrik dengan memutar magnet dalam gelungan wayar yang mengubah tenaga kinetik kepada tenaga elektik. 
  • Biasanya ,dinamo dipasang pada roda basikal untuk menyalakan lampu basikal.
4)Akumulator
Akumulator.


  • Akumulator / bateri kereta  diperbuat dengan menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik. 
  • Kelebihan sel ini ialah ia dapat dicas semula dan menghasilkan tenaga elektrik yang bervoltan tinggi .
  • Tetapi sel ini mempunyai satu kelemahan yang besar iaitu ia amat berat dan besar menyebakannya susah dibawa ke mana-mana.
  • Kebiasaannya akumulator digunakan pada kenderaaan (kereta, van, bas, lori, dll).
5)Generator
Image result for generator hidroelektrik
Generator hidroelektrik.


  • Generator / penjana kuasa hidroelektrik  menggunakan kuasa air untuk memutarkan turbin. 
  • Turbin (turbine) akan memutarkan dinamo dan seterusnya menghasilkan tenaga elektrik.

Selain daripada sumber-sumber di atas, tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan menggunakan:
  • Kuasa angin.
  • Ombak.
  • Geoterma.
  • Nuklear.
  • Biojisim.
Untuk maklumat lanjut , sila menekan laman web di bawah :

Thursday 15 September 2016

Nota Ringkas Sains Tahun Enam

GERHANA
Gerhana Bulan

v  Bumi berada di antara Matahari dan Bulan dalam sat ugaris yang lurus
v  Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan
v  Berlaku pada waktu malam dalam masa 1 jam
v  Hanya berlaku pada hari yang ke-15 dalam Takwim Qamari
v  Boleh dilihat mengguna mata kasar
v  Bulan kelihatan kemerahan, kelabu atau perang
v  Gerhana Bulan separa berlaku apabila sebahagian permukaan bulan dilindungi oleh bayang-bayang Bumi
v  Gerhana Bulan penuh berlaku keseluruhan permukaan bulan dilindungi oleh bayang-bayang Bumi


Gerhana Matahari

v  Bulan berada di antara Matahari dan Bumi dalam satu garis yang lurus
v  Cahaya Matahari dihalang oleh Bulan
v  Berlaku pada waktu siang dalam masa hanya beberapa minit
v  Bayang-bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi
v  Tidak boleh dilihat mengguna mata kasar
v  Hari siang menjadi gelap menjelang gerhana penuh
v  Gerhana Bulan separa berlaku apabila sebahagian bayang-bayang Bulan jatuh pada permukaan Bumi
v  Gerhana Bulan penuh berlaku apabila keseluruhan bayang-bayang Bulan jatuh pada permukaan Bumi




Nota Ringkas Sains Tahun Enam

INTERAKSI ANTARA BENDA HIDUP

Haiwan berkumpulan dan haiwan bersendirian

Bersendirian
Berkumpulan
Ciri-ciri:
  •           Mencari makanan sendiri
  •            Mencari tempat berlindung sendirian

Contoh:
  •            Harimau, beruang, burung helang,  ular

Sebab:
  •           Untuk menghindari persaingan mendapatkan makanan dan ruang

Ciri-ciri:
  •            Mencari makanan bersama-sama
  •            Membina tempat berlindung bersama-sama
  •            Melindungi diri dengan bergerak secara kumpulan

Contoh:
  •            Semut, singa, lebah, gajah, keda belang

Sebab:
  •            Untuk keselamatan
  •            Untuk mencari makanan
  •           Untuk membina tempat perlindungan


Persaingan

Antara haiwan
Bersaing untuk:
a.    Makanan
b.    Air
c.    Pasangan
d.    Tempat
e.    Ruang
Antara haiwan
Bersaing untuk:
a.    Cahaya matahari
b.    Air ruang nutrien


Jenis persaingan
                     Intraspesies                                                            Interspesies
Persaingan antara spesies yang sama             Persaingan antara spesies yang berbeza

Persaingan yang sengit berlaku apabila:
·         Bilangan hidupan bertambah
·         Sumber keperluan hidupan terhad

Melindungi spesies yang terancam

Haiwan pupus
Haiwan dan tumbuhan yang terancam
  •           Dinosaur, burung dodo, gajah berbulu, aquagga, harimau Tasmania dan harimau siberia

  •            Orang utan, harimau, penyu belimbing, panda, tapir, badak sumbu, paus biru, burung enggang, bunga pakma, pokok periuk kera, pokok bakau

Faktor:
  •            Pembalakkan haram dan berleluasa
  •            Pemburuan haram dan berleluasa
  •            Pembangunan yang meluas
  •            Pengambilan telur
  •            Pencemaran air

Cara untuk mencegah:
  •            Mendidik orang awam
  •            Kuatkuasakan undang-undang
  •            Membina pusat pemulihan/ pemuliharaan
  •            Memelihara hutan simpan
  •            Pembalakan terancang
  •            Penanaman semula






Kesan daripada aktiviti manusia

Aktiviti manusia
Kemusnahan alam sekitar
a.    Pembalakan haram dan berleluasa
b.    Pemburuan haram dan berleluasa
c.    Kelemahan pengurusan pembangunan
a.    Hakisan tanah
b.    Runtuhan tanah
c.    Banjir kilat
d.    Pencemaran air
e.    Pencemaran udara