Menu

Wednesday 21 September 2016

Sumber tenaga elektrik
Sumber tenaga elektrik(source of electrical energy) merupakan sumber yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antara sumber tenaga elektrik yang paling biasa digunakan ialah:
  1. Sel kering (dry cell).
  2. Sel suria (solar cell).
  3. Dinamo (dynamo).
  4. Akumulator / Bateri kereta.
  5. Generator / Penjana kuasa.
1.Sel kering
Image result for sel kering
Sel kering.

  • Sel kering (bateri) ialah sumber tenaga elektrik yang menggunakan campuran bahan kimia untuk menghasilkan elektrik.
  • Biasanya orang ramai akan menggunakan sumber eletrik ini  dalam jam, lampu suluh, radio, alat permainan, kamera, dan lain-lain. 
  • Kelebihan sel kering ialah sel ini sangat ringan serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. 
  • Kebanyakan sel kering  tidak boleh dicas semula, hanya  sesetengah sel kering yang dinyatakan sahaja boleh dicaskan semula .
2)Sel Suria
Image result for solar panel
Sel suria

  • Sel suria dapat mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik. 
  • Biasanya sel ini akan digunakan dalam kalkulator, lampu, alat pemanas air dan satelit.
  • Kelebihan sel ini ialah sel ini tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana ia hanya menggunakan cahaya matahari sahaja . 
  • Tetapi sel ini biasanya memerlukan kos yang amat tinggi untuk memasangkannya , oleh itu banyak orang tidak mampu memasang sel suria pada rumah mereka.

3)Dinamo

Image result for dinamo


Image result for dinamo
Dinamo.


  • Dinamo dapat digunakan untuk menghasilkan sumber elektrik dengan memutar magnet dalam gelungan wayar yang mengubah tenaga kinetik kepada tenaga elektik. 
  • Biasanya ,dinamo dipasang pada roda basikal untuk menyalakan lampu basikal.
4)Akumulator
Akumulator.


  • Akumulator / bateri kereta  diperbuat dengan menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik. 
  • Kelebihan sel ini ialah ia dapat dicas semula dan menghasilkan tenaga elektrik yang bervoltan tinggi .
  • Tetapi sel ini mempunyai satu kelemahan yang besar iaitu ia amat berat dan besar menyebakannya susah dibawa ke mana-mana.
  • Kebiasaannya akumulator digunakan pada kenderaaan (kereta, van, bas, lori, dll).
5)Generator
Image result for generator hidroelektrik
Generator hidroelektrik.


  • Generator / penjana kuasa hidroelektrik  menggunakan kuasa air untuk memutarkan turbin. 
  • Turbin (turbine) akan memutarkan dinamo dan seterusnya menghasilkan tenaga elektrik.

Selain daripada sumber-sumber di atas, tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan menggunakan:
  • Kuasa angin.
  • Ombak.
  • Geoterma.
  • Nuklear.
  • Biojisim.
Untuk maklumat lanjut , sila menekan laman web di bawah :

1 comment: