Menu

Tuesday 13 September 2016


NOTA RINGKAS SAINS TAHUN 5
DAYA & TENAGA

TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI


Tenaga yang kita gunakan setiap hari datang dari pelbagai sumber.

Sesetengah sumber tenaga boleh diperbaharui dan  sesetengahnya tidak boleh diperbaharui.


Contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah:





Tenaga biomas
Tenaga angin
Tenaga suria
Sumber tenaga seperti tenaga biomas , tenaga angin dan tenaga suria akan sentiasa ada sepanjang masa.




Contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah:

 
Petroleum




Gas asli


Arang batu


Sumber tenaga seperti petroleum,arang batu, gas asli ialah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan tidak boleh digantikan dalam jangka masa yang singkat apabila habis digunakan.

Tenaga yang dapat dibaharui adalah lebih baik daripada tenaga yang tidak dapat diperbaharui kerana sedia ada dan tidak akan menyebabkan pencemaran.

Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana  untuk 

  • menjimatkan kos
  • mengelakkan pembaziran
  • mengurangkan pencemaran


Beberapa cara yang kita boleh amalkan untuk menjimatkan tenaga adalah :
   a)     menggunakan peralatan yang kurang menggunakan
           tenaga



Bill gates car

       
 b)     menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi
         kereta


     
Pengangkutan awam



  c)     matikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan


Matikan suis 
     

   d)     mengitar semula bahan



Amalan kitar semula






1 comment: