Menu

Sunday 25 September 2016

Organ Pernafasan Haiwan

Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza.Hal ini demikian kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza. Adakah anda tahu apakah organ-organ yang dapat digunakan oleh haiwan-haiwan untuk bernafas ?Berikut akan menerangkan organ-organ pernafasan haiwan :


  • Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas dengan menggunakan peparu (lungs).
  • Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.



Image result for peparu haiwan
 Gambar paru-paru 

2)Spirakel
  • Serangga mempunyai organ penafasan yang amat unik kija berbanding dengan haiwan-haiwan lain .
  • Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sekeliling badan serangga yang menyalur oksigen kepada seluruh badan serangga. 
  • Udara memasuki melalui spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
  • Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas (kebanyakan seranggan menggunakan spirakel untuk menafas).

Spirakel pada serangga.


3)Insang
  • Haiwan-haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
  • Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang.
Image result for peparu haiwan
Ikan bernafas melalui insang.


4)Kulit lembap
  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Kulit haiwan-haiwan ini sentiasa lembap untuk memastikan mereka dapat bernafas dengan berkesan .
  • Oksigen dalam udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap.
Image result for kulit lembab katak
Image result for moist skin for amphibian

No comments:

Post a Comment